Kelas Membuat Akaun Hotmail dan Advokasi

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Membuat Akaun Hotmail dan Advokasi kepada 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Mereka terdiri daripada 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Mereka diajar membuka akaun hotmail dan asas tentang kepentingan penggunaan akaun hotmail. Mereka juga didedahkan tentang cara menghantar pesanan dan tugasan menggunakan hotmail. Di akhir kelas, mereka telah didedahkan dengan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali